RWMF 2022 | Menawan hati pencinta budaya antarabangsa dan tempatan

2022-06-19 0

RWMF 2022 | Menawan hati pencinta budaya antarabangsa dan tempatan

Demi Rainforest World Music Festival (RWMF) jarak bukan halangan.

Itu yang dilakukan seorang warga Jerman, Andreas Moeller yang sanggup terbang sejauh 10 ribu kilometer semata mata mahu menyaksikan depan mata sendiri kemeriahan festival muzik tahunan ini.

Mengembara lebih 10 ribu kilometer dari Jerman ke bumi kenyalang semata-mata untuk menghadiri Rainforest World Music Festival (RWMF) untuk meraikan kepelbagaian budaya.